PIAGAM MADINAH DAN STRATEGI DAKWAH NABI MUHAMMAD
A. PAGAM MADINAH
Piagam
Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang
telah digubal oleh Nabi Muhammad SAW pada
tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah.
Kandungan
piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
- 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
- 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain
Piagam Madinah,
ia juga dikenali dengan berbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar
al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh
dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk
peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam
bagi membentuk sebuah negara (Daulah
Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau
kaum.

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali
sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan
norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.
Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam
membentuk piagam Madinah, yaitu:
1.
Langkah Pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai
tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam
serta tempat pentadbiran Rasulullah.
- Langkah Kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin,
bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup
baru dengan pertolongan kaum Ansar.
- Langkah Ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama
mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu
perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung
dalam Piagam Madinah adalah:
- Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
- Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
- Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
- Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
- Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

- Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
- Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
- Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
- Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
- Mewujudkan keamanan di Madinah
- Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
- Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
- Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
- Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
- Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.

- Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
- Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
- Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
- Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
- Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
- Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
- Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
- Kebebasan beragama
- Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
- Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

- Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab
(Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang
beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy
dengan penduduk Yathrib
dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan
berjuang bersama-sama mereka.
- Fasal 2
Bahwa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeda dari
manusia-manusia lain.
- Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan
lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima
diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa
yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang
beriman.
- Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama
mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta
menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah
menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
- Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj
tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar
wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj)
hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan
berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
- Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama
mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu
dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk
mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman.
- Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama
mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu
dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk
mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman.
- Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan
lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti
dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah
untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman.
- Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka
bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan
tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
- Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan
lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti
dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah
untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman.
- Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama
mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu
dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk
mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman.
- Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan
sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama
bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang
tebusan darah dengan adil.
- Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa
perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain
dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.
- Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah
menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan
kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang
beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut
walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.
- Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang
mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir
terhadap seseorang mukmin.
- Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia
melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang
Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
- Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah
mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada
pakatan tidak baik terhadap mereka.
- Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan
sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin
tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan
Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
- Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai
serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga
menentangnya.
- Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka
atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
- Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di
atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.
- Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta
orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang
orang mukmin (akan haknya)
- Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang
mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali
dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin
hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka
menegakkan terhadapnya.
- Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang
mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong
mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa
menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari
Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga
sebarang taubat.
- Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara
hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
- Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja
sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
- Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama
orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang
Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka
dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat
dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
- Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi
Bani Auf.
- Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi
Bani Auf.
- Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi
Bani Auf.
- Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani
Auf.
- Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani
Auf.
- Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi
Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu
tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
- Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian
keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani
Tha’alabah)
- Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf,
dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
- Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah
(diperlakukan) sama dengan mereka itu.
- Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi
(diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
- Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik
diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi)
Muhammad.
- Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan
oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka
balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan
bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
- Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara
seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah
mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi
orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling
nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
- Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana
kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi
kepada orang yang dizalimi.
- Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan
bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
- Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak
boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
- Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri
sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
- Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita)
melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
- Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga
pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa
bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian
oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam
ini dan merestuinya
- Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan
perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi
perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
- Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib
daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
- Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk
campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau
masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat
demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap
orang-orang yang memerangi agama (Islam).
- Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga
orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama
seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka
semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah
berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa
yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi
akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
- Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi
orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang
siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin
keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah
merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad
hendaklah diakui Pesuruh Allah.
B. STRATEGI DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW
Rasulullah Saw adalah contoh terbaik, dalam menggerakkan
dan mengelola dakwah. Keberhasilannya dalam mengajak manusia kepada agama
Allah, terhitung spektakuler. Bagaimana tidak, hanya dalam waktu 23 tahun
beliau berhasil mengajak seluruh bangsa Arab dalam pelukan Islam, yang imbasnya
secara alamiah dari generasi ke generasi Islam telah menyebar ke seantero
jagad. Jumlah populasi muslim dunia ,kini yang mencapai kurang lebih 1.5 milyar
tak lepas dari kiprah beliau selama 23 tahun tersebut.Bahasan di seputar keberhasilan dakwah, tak ada rujukan yang paling pantas kecuali merujuk pada warisan sunnah yang telah ditinggalkan manusia paling agung, yakni Muhammad Saw. Allah berfirman :
“Serulah kepada Allah atas dasar basyiroh, aku dan orang-orang yang mengikutiku. Maha suci Allah, aku tiada termasuk orang-orang musyrik “ ( Yusuf ;108 )”
Beberapa mufassir memberikan keterangan , yang dimaksud ‘ala basyiroh pada ayat diatas adalah ‘ala sunnah atau ala ilmin , maknanya ; dakawah kepada Allah hendaklah berdasar sunnah rasul-Nya. Perintah ini sangatlah logis, sebab telah terbukti dalam lembar sejarah Muhammad Saw sebagai rasul terakhir benar-benar telah berhasil dengan gemilang menjadikn Islam sebagai rahmatan lil alamin. Dan tak berlebihan kalau kemudian seorang peneliti barat Michael Hurt, menempatkan Muhammad Saw pada urutan pertama dari 100 tokoh dunia yang paling berpengaruh.
Pada tulisan ini, akan disajikan secara garis besar bagaimana rasulullah Saw dalam meletakkan strategi dakwah, hingga pengaruhnya semakin meluas sepanjang zaman.
1. Fase
Dakwah Rasulullah.
Dalam catatan para sejarawan, disepakati fase dakwah rasulullah secara global ada dua tahapan, dakwah sirriyah dan dakwah jahriyyah. Dakwah sirriyah dijalaninya selama kurang lebih 3 tahun di awal masa kenabian, sementara dakwah jahriyyah diawali setelah Allah memerintahkan beliau dengan turunnyasurat Al-Hijr ayat ; 92.
Keberhasilan dakwah rasulullah yang paling menonjol pada masa dakwah sirriyah, dapat diringkas ada 3 strategi penting dan sangat mendasar , antara lain ;
Dalam catatan para sejarawan, disepakati fase dakwah rasulullah secara global ada dua tahapan, dakwah sirriyah dan dakwah jahriyyah. Dakwah sirriyah dijalaninya selama kurang lebih 3 tahun di awal masa kenabian, sementara dakwah jahriyyah diawali setelah Allah memerintahkan beliau dengan turunnya
Keberhasilan dakwah rasulullah yang paling menonjol pada masa dakwah sirriyah, dapat diringkas ada 3 strategi penting dan sangat mendasar , antara lain ;
a). Dakwah
dengan cara rekruitment ( ad-da’wah ‘alal isthifa’ ).
Dari sekian banyak masyarakat quraisy, yang dibidik pertama rasulullah pada masa ini meliputi ; dari kalangan wanita istrinya sendiri Khadijah, dari kalangan remaja Ali bin Abi Thalib, dan dari kalangan pemuka dan tokoh masyarakat adalah Abu Bakar As-shidiq. Ketiga tokoh ini , memang menjdi titik strategis dalam menentukan perjalanan dakwah rasulullah berikutnya, terutama peran Khadijah yang mendukung total dakwah beliau dengan pertaruhan total seluruh harta dan jiwanya, dan peran Abu Bakar yang mampu melebarkan dakwah ke kalangan para elit quraisy. Menurut keterangan seorang sejarawan yang bernama Ibnu Ishak, masuk Islamnya Abu Bakar ( Ibnu Qohafah ) tak lama kemudian berhasil digandeng pemuka-pemuka quraisy ke dalam barisan dakwah rasulullah, antara lain ; Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Zubair bin Awwam , Saad bin Abi Waqas dan Thalhah bin Ubaidillah. Keenam sahabat inilah yang memiliki peran penting dalam membentuk generasi assabiquunal awwalun ( generasi pertama Islam ).

b), Dakwah
dengan memberdayakan kaum wanita.
Peran wanita di masa awal dakwah terus diberdayakan oleh rasulullah, karena kaum wanita sesungguhnya memiliki kekuatan dahsyat, bila ini diperdayakan untuk gerakan dakawah akan menghasilkan hasil yang sangat pesat. Pada konteks ini, yang menjadi titik sentral adalah peran Khadijah yang berhasil mendidik putri-putri Rasulullah , mendukung dakwah beliau. Peran kedua dijalankan oleh Asma binti Abu Bakar , yang menjadi pahlawan pada perjalanan hijrah beliau ke Madinah. Dari kedua wanita iilah secara bertahap wanita-wanita terkemuka quraisy , masuk Islam diantaranya bibi Rasulullah dari jalur bapaknya.

c), Dakwah
difokuskan pada pembinaan aqidah.
Pembinaan aqidah pada masa awal risalah difokuskan di rumah salah seorang sahabat yang bernama Arqom bin Abil Arqom, di pinggirankota Makkah. Inilah tempat pendadaran dan
penggemblengan sejumlah sahabat utama rasulullah. Di rumah ini pulalah Umar bin
Khattab diislamkan Rasulullah. Di rumah ini pullalah sahabat Mus’ab bin Umair
dididik rasulullah, yang nantinya sahabat ini dipercaya rasullah membuka dakwah
di kota
Yastrib.
Kemudian pada fase dakwah jahriyyah, point-point penting yang mendorong keberhasilan dakwah rasulullah,antara lain ;
Pembinaan aqidah pada masa awal risalah difokuskan di rumah salah seorang sahabat yang bernama Arqom bin Abil Arqom, di pinggiran
Kemudian pada fase dakwah jahriyyah, point-point penting yang mendorong keberhasilan dakwah rasulullah,antara lain ;
v Dakwah kepada kerabat ( da’watul aqrobin ).
Media pertemuan-pertemuan keluarga dijadikan sarana rasulullah untuk mengajak kaum kerabatnya yang tergolong kelas pemimpin di mata masyarakat quraisy. Pada masa ini , berhasil direkrut dua paman rasulullah yang menjadi pembela dakwah beliau , pertama Abu Thalib , meski belum mau menerima ajaran Islam , namun inilah palang pintu utama rasulullah dalam menghadapi intimidasi kaum quraisy. Kedua , Hamzah bin Abdul Mutholib, selain telah menerima ajaran Islam , beliau inilah yang menjadi palang pintu kedua rasulullah dalam menghadapi intimidasi dari Abu Jahl dan Abu Lahab. Ketokohan Hamzah bin Abdul Mutholib dari sisi keparajuritan di mata masyarakat quraisy, jelas memperkuat posisi dakwah rasul di Makkah saat itu.

v Dakwah dengan menggunakan media umum ( dakwah ‘ammah ).
Media –media umum yang bisa dipergunakan untuk dakwah tak luput dari perhatian rasulullah dalam menegakkan dakwah risalah. Pada masa ini yang perlu digaris bawahi adalah dipergunakannya momentum haji oleh rasulullah untuk dakwah, hingga berhasil bergabung dalam barisan dakwah beliau 12 orang dari suku Aus dan Khazroj dari Madinah pada musim haji. Pada musim haji berikutnya , 12 orang ini membawa 70 orang dari Madinah yang bersedia masuk Islam dan setia membela rasul dalam perjuangan dakwahnya. Peristiwa inilah yang dikenal dalam sejarah dengan sebutan Ba’aitul aqobah pertama dan Ba’aitul aqobah kedua.

v Dakwah dengan tulisan ( surat )
Rasulullah tidak meninggalkan peran dunia tulis menulis dalam dakwahnya, meskipun beliau ditakdirkan sebagai seorarng yang buta huruf, lewat parea sahabatnya beliau menggunakan tulisan untuk menjangkau sasaran dakwah yang sangat jauh. Seperti beliau mengirimsurat
kepada para raja, untuk diajak beriman kepada Allah. Diantaranya yang berhasil
masuk Islam adalah raja Najasi di Habasyah ( Ethiophia – Afrika ), yang dalam
perjalanan dakwah Islam raja Najasyi kontribusinya tidak kecil. Kegiatan tulis
menulis inilah yang dikemudian hari dikembangkan oleh para sahabat beliau dan
para tabi’in untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia. Bahkan di
kalangan sahabat dan tabi’in, hampir semua ulama meninggalkan karya yang bisa
dibaca dan diwriskan pada generasi berikutnya.
Itulah beberapa point-point penting yang bisa disajikan dalam tulisan singkat ini, tentunya tak mungkin kita bahas semua strategi dakwah rasulullah pada kesempatan ini, karena terbatasnya waktu dan kesempatan. Namun yang paling penting bagaimana kita bisa meneladani strategi dakwah beliau , di era abad informasi ini, guna terus menggelorakan dakwah Islam di muka bumi ini.
Rasulullah tidak meninggalkan peran dunia tulis menulis dalam dakwahnya, meskipun beliau ditakdirkan sebagai seorarng yang buta huruf, lewat parea sahabatnya beliau menggunakan tulisan untuk menjangkau sasaran dakwah yang sangat jauh. Seperti beliau mengirim
Itulah beberapa point-point penting yang bisa disajikan dalam tulisan singkat ini, tentunya tak mungkin kita bahas semua strategi dakwah rasulullah pada kesempatan ini, karena terbatasnya waktu dan kesempatan. Namun yang paling penting bagaimana kita bisa meneladani strategi dakwah beliau , di era abad informasi ini, guna terus menggelorakan dakwah Islam di muka bumi ini.
Comments
Post a Comment